Oct 26, 2010

Madu semanis Madu


Ahaa... ye, betul la tu! memang post ni pasal pasangan kekasih yang bermadu... tidak bukan bermadu kasih antara 2 orang sahaja... ini berkenaan seorang lelaki berkasihan dengan seorang perempuan, tetapi lelaki itu mempunyai seorang kekasih gelap dan kekasih gelap beliau itu mempunyai pula skandal dengan seorang lelaki lain... ahahaha, complicated kan? honestly, that's life... suke atau tak bende ni kadang-kadang terjadi dekat sesetengah orang...

enuff dengan stupids intro, jom kiter citer pasal tajuk ni... citer ni bermula begini....

Mr.P (bukan gambar sebenar)

ade seorang budak lelaki ni... name die Penyek a.k.a Mr.P (bukan nama sebenar), die ni tersangatlah baik dan berbudi bahasa, Mr.P ni dah hampir 4 tahun mengenali seorang gadis yang dikenali sebagai Terompah a.k.a Ms.T (bukan nama sebenar)... setelah beberapa tahun berkawan akhirnya mereka memutuskan untuk melangkah ke peringkat seterusnya,akhirnya mereka bermadu kasih dengan bahagianya...

Ms.T (bukan gambar sebenar)

namun begitu,selain Ms.T terdapat seorang lagi gadis yang diminati oleh Mr.P, beliau lebih dikenali dengan nama Ifa a.k.a Ms.I (bukan nama sebenar), Ms.I ni memang sangat tersohor dengan kecantikan nya~ kalau orang lelaki tengok, memang tangkap leleh punya... *betul, xtipu!* disebabkan kecantikan beliau ini, memang beratur panjang lah lelaki nak isi borang dengan dia... tapi disebabkan kepopularan yang dimilikinya itu, dia memilih dengan penuh berhati-hati, memastikan hanya yang terbaik berada disisinya.

Ms.I (bukan gambar sebenar)

setelah pemilihan rapi dibuat, akhirnya seorang jejaka mampu mengugat hatinya, jejaka ini tidak kurang juga kacak nya, sangatlah sepadan dengan Ms.I ni, jejaka ni namanya Jan a.k.a Mr.J (bukan nama sebenar). setelah menerima lamaran hati Mr.J, mereka sering bersama dimana jua *sweet kan? hahaha...* khabar berita hati Ms.I sudah ditawan menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beratur untuk memilikinya, ia juga turut didengari oleh Mr.P, namun tidaklah ketara kekecewaannya kerana dia sudah memiliki Ms.T.

Mr.J (bukan gambar sebenar)

saban hari mereka bersama kekasih hati masing-masing, namun Mr.P dan Ms.I masih sering berjumpa, menyiapkan tugasan bersama, menyertai projek yang sama, kumpulan yang sama, senang cakap, semua nak bersama. hari silih berganti, akhirnya Ms. I mendapati hatinya mula terpaut pada Mr.P, dan disini lah segalanya bermula...

-bersambung-

p/s: hahahahaha... cerita betul atau bohong? tunggu penghabisannya~

cheerioous~!! ()

No comments: