Oct 31, 2010

repost: Asas Fotografi

Hellow lagi... yer, sekarang Isnin jam 3;10 am waktu tempatan, dan Ahad jam 5;56 pm waktu London... ye saye tak tido lagi sebab mulut tengah berbual kosong dengan En VanZiq. huhuhu... jadi nak mengelakkan mengantuk mari ber-blog sambil mengumpat. muahahaha...

Baiklah, kali ni kita akan tengok 3 perkara paling asas dalam fotografi iaitu shutter speed, aperture dan ISO. Korang kena kuasai ketiga-tiga konsep ni. Kalau tak akan terjadilah gambar blur, tak sharp, terlalu terang/terlalu gelap dan bagai-bagai lagilah yang korang selalu mengomel setiap kali korang amek gambor, haaa... jangan ingat saye tak tau... hohoho, sesungguhnya saya insan biasa, saya pon mengalami keadaan tersebut satu ketika dahulu. okey, back to topic, Shutter speed, aperture dan ISO mempengaruhi exposure. Gelap atau terang sesuatu gambar bergantung kepada exposure.


Exposure = Shutter Speed + Aperture + ISO


Shutter Speed

  • Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.
  • Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.
  • Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Kalau korang guna di bawah 1/60, cth 1/50, gunakan tripod.


Aperture

  • Aperture merupakan bukaan iris pada lens.
  • Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5
  • Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.
aperture


ISO

  • ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nak shot. Kalau korang nak shot kat tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau korang nak shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, korang kena pakai filem 400 dan keatas.
  • Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. So sensor tu kita boleh adjust ISO nya, tak macam dulu, korang kena beli filem yang berasingan.
  • Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya, so korang boleh ambik gambar di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.
  • Tapi kena ingat, semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.
iso


okey? tak okey? isk isk isk, teruk ni kalau tak ok lagi... ni dah masuk kali ke-2 saye post pasal bende ni, tapi yang sebelum ni posting adalah dalam bahasa Inggeris. Mungkin ia menyukarkan beberapa pihak, tapi sekarang saye dah translate dan men-simple-kan lagi penerangan. kalau tak paham jugak la kan, senang je... korang angkut camera korang dang segalanya yang berkaitan termasuk sekali tripod, bagi jela kat saye. Mungkin camera korang tu takde jodoh dengan korangkan... manalatau, mungkin jodoh dia dengan saye ke... muahahhaa~

anyway pon, enjoy dan harap ni membantu korang...

cheerioous~!! ()

No comments: