Nov 15, 2010

The Avengers : movie



haaa... dah pernah tengok 'Iron Man 2'? kalau dah, korang kenal tak gambar kat atas? (kalau belum, buat-buat macam dah yer! please la...) gambar kata atas ni scene masa Tony Stark (Robert Downey,Jr) tengah hit rock bottom pasal masalah kesihatan yang dia alami. Dia yang beranggapan bahawa dia akan mati dalam masa yang terdekat buat keje-keje yang membangangkan diri, contohnya, pergi makan donut (breakfast) dengan sut Iron Man (Mark III) dia dengan selamber kataknya.



Bagi mengelakkan masalah Tony Stark ni berleluasa, sorang mamat ni yang dikenali dengan nama Nick Fury (Samuel L. Jackson) telah mengofferkan diri untuk membantu Tony dengan syarat Iron Man menyertai team Avengers yang dia tubuhkan. Start dari situ mulalah Nick Fury ni mencari lagi ahli-ahli untuk menjayakan persatuan menyelamatkan bumi dia ni. yela, kalau tak cukup ahli nanti persatuan kena dibubarkan pulak dek TNC... wawawa...



berikut adalah antara watak-watak pioneer dalam komik The Avengers,

The Iron Man : Tony Stark
The Hulk : Dr Robert Bruce Banner
The Ant-Man : Dr Hank-Pym
The Wasp: Janet Van Dyne
Captain America : Captain Steven Rogers

jika korang adalah pembaca setia komik Avengers ni (macam saye), korang akan sedar bahawa Captain America bukanlah antara tunjamg utama persatuan Nick Fury ni sebab dia hanya muncul antara episod ke-4/5 komik Avengers. Kiranya, pioneer yang betul-betul pioneer ataupun diorang gelar sebagai 'Earth Mightiest Heroes' hanyalah 4 orang tu je. Hampir-hampir persatuan ni dibubarkan, Nick Fury tambah lagi ahli-ahli baru seperti Thor,God of Thunder, The Black Panther, Hawkeye, Black Widow, Scarlet Witch, Quicksilver dan bagai-bagai lagi.

Kemudian Marvel Comic buat plak team baru yang dinamakan sebagai The New Avengers. (keluaran tahun 2005 dan keatas). Dalam New Avengers ni la korang akan bertemu watak-watak superhero modern macam, Spider-man, Spider-woman, Wolverin, Iron Fist, Jewel, Luke Cage, Victoria Hand dan ramai lagi... kiranya persatuan Nick Fury ni dah semakin famous dan berjaya menarik lebih ramai ahli. Tapi by the time team 'New Avengers' ni, Nick Fury dah graduate jadi yang gantikan tempat dia sebagai presiden persatuan adalah Captain America yang macho kunun... (hmmmphh, Iron Man lagi macho kot...)

Tapi, sekarang Marvel dalam proses nak hasilkan life-action Avengers Movies. honestly ingat dia nak ikot sebijik macam dalam komik, tapi fikir-fikir balik, mau berapa banyak pulak series dia nanti. so, diorang tak berapa nak ikot sangat komik, diorang skip sana sini dan end up dengan watak yang bercampur, berikut adalah barisan pelakon;

Iron Man/Tony Stark : Robert Downey Jr. (siapa lagi wey kalau bukan dia???)
Agent Phil Couston of S.H.E.I.L.D : Clark gregg
Black Widow of S.H.I.E.L.D /Natasha Ramanova : Scarlett Johansson
Thor Odinson God of Thunder/Jake Olsen : Chris Hemsworth
Captain America/Steven Rogers : Chris Evans
Nick Fury of S.H.I.E.L.D : Samuel L. Jackson
Hawkeye/Clinton Barton : Jeremy Renner
The Hulk/Bruce Banner : Mark Ruffalo
War Machine/ Col. James R. Rhodes : Don Cheadle



kalau korang tengok senarai watak, ni bukan team avengers yang first, ni dah bercampur-campur, tambah lagi watak Wasp dengan Ant-man pun takda, so saye tak tau la diorang buat cerita ni dari komik episod yang ke berapa. so far, kita sama-sama la tunggu kehadiran Tony Stark ... eh silap, team Avengers ni di pawagam pada tahun 2012.


cheerioous~!! ()

No comments: