Nov 19, 2010

Patrick Dempsey


okey, haritu dah cerita pasal Robert Downey jr. harini nak cerita pasal boifren yang lain pulak, baru adil kan? muahahaha... harini saye nak cerita pasal Patrick Dempsey a.k.a McDreamy (bagi sesape yang ikot drama Grey Anatomy). dia ni bf yang keberapa pon tak ingat lah, hahaha, ramai sangat tak pasti dah keberapa, yang pasti sayang sudah. mula minat kat dia time cerita 'Scream 3' (2000) dia mainkan watak sebagai Detective Mark Kincaid.. (ntah ape-ape name matsalleh ni bagi) time tu nampak je muka dia terus like, "oh, he's so beautiful". start dari tu memang terus stuck kat dia, follow je terus perkembangan dia, tapi tak selalu la.



dilahirkan dengan nama Patrick Galen Dempsey pada 13 Januari 1966 dekat Lewiston, Maine, US. Merupakan anak ke-3 (sama macam saye! dah memang jodoh la ni) dari pasangan Amanda dan William Dempsey dan mempunyai sedikit darah Irish. Walaupun dilahirkan dekat Lewiston, Patrick dibesarkan di Buckfeild tapi masih dalam kawasan Maine lagi. Selain daripada berlakon Patrick juga merupakan seorang pemandu kereta lumba bagi kumpulan Ferrari. dia juga mempunyai kumpulan sendiri tetapi masih tak cukup matang lagi... faham-faham jela kan... hahaha...


nama dia mula naik bila dia memegang watak sebagai Neurosurgeon terkemuka di Seattle Grace, Dr Derek Shepherd a.k.a Mc Dreamy. Bersekolah dekat St Dominic Regional high school, tapi macam jugak boyfriend saye yang satu lagi tu, Patrick pon tak menghabiskan senior year dia dekat sekolah tu... tidak, tidak, tidak... bukan dia malas belajar, tapi sebab dia menghidap penyakit Dyslexia dimana dia menghadapi kesukaran dalam membaca. Tapi penyakit dia tu tak menghalang dia untuk teruskan hidup macam orang lain, macam biasa, kita sebagai prang Islam pun tau kan, bila Allah tutup satu pintu, pintu lain akan terbuka. macam tu la dengan Patrick ni, biarpun dia menghadapi kesukaran untuk membaca, dia sangat lah terel dalam ber'juggle'.



Dia memenangi tempat ke-2 dalam pertandingan juggler peringkat kebangsaan U.S. terel tu beb... selain terel juggling, Patrick juga merupakan seorang yang sangat mahir dalam luncur salji (betul ke ni? Ski tu luncur salji ek?) biarpun kekurangan dia dalam membaca menghalang dia dalam belajar, dia tetap tidak putus asa. dia menyatakan yang penyakit dia tu yang membantu dia memenangi beberapa anugerah. “It’s given me a perspective of — you have to keep working,” Dempsey told Walters. “I have never given up.”



dia pun kawin dua kali (sama macam RDJ) kali pertama pada tahun 1987 (giler ah, tak lahir lagi koot... hahaha) time ni dia kawin dengan jurulatih lakonan dia, Rocky Parker, yang turut berlakon dalam satu filem ntah ape name tak ingat. perkahwinan dia ni kekal sampai tahun 1994. pastu dalam tahun 1999 dia kahwin baru dengan Jilian Fink, tuan empunya company Delux (jangan buat2 tak tau, sabun Delux tu korang pakai kan??? kompom kaya la kan...) melalui perkahwinan kedua ni baru lah Patrick ni dapat anak. dia dapat 3 anak dari isteri no-2 ni, yang pertama perempuan, Talula Fyfe lahir 2002, pastu kembar lelaki, Darby Galen ngan Sullivan Patrick yang lahir tahun 2007.



selain bergerak aktif dalam bidang lakonan dan lumba kereta, Patrick juga antara ikon terkemuka hollywood yang aktif dalam program-program kemasyarakatan. Dia yang memberi sumbangan besar kepada kawasan asal tempat dia lahir iaitu Lewiston dengan menubuhkan Patrick Dempsey Center, dimana pesakit-pesakit kanser diberi rawatan dan mereka juga mencari jalan dalam menangani masalah ni. Pada oktober 2009, Patrick telah menganjurkan satu larian amal yang mendapat sambutan hebat dari penduduk Lewiston, larian amal ini berjaya mengutip sebanyak USD 1 million +++... larian amal ni dikenali dengan nama Dempsey Challenge dan ia akan menjadi acara tahunan di Lewiston.



ha... nampak ni? minyak wangi Patrick Dempsey! tak payah nak pikir2 dah, memang saye dah beli dah. tak adil la kan kalau saye ade kasut RDJ tapi tak de ape2 yang berkaitan Patrick, jadi saye buat keputusan untuk beli minyak wangi nih. yang botol putih tu, Patrick Dempsey: Unscripted. wangi oooh... hahaha. yang botol ceklat tu baru punya, tunggu habis yang satu ni baru nak beli yang tu. tak baik membazir. hahaha... wtf...


sama macam RDJ, Patrick jugak merupakan bapak yang penyayang.



the hair babe! the hair! that's the main factor why i've this BIG crush on him! THE HAIR! one important thing that my Mr. Right should have! sexy wavy hair! OMG! *drool*


cheerioous~!! ()

No comments: