Nov 12, 2010

Robert Downey Jr a.k.a RDJ

okey. dah lama tangkap cintan dengan orang tua ni. okey, dia memang tua! tapi peduli hape, bukan semua lelaki golden by age kan... wawawawa... only certain people je looking good from young to old. artis Malaysia pun ade, macam Dato' Jins Shamsudin tu, macho gila even dah tua. bukan maksud macho yang body tegap bagai, gaya dia yang macho, sangat berketerampilan. eceyh, mesti dia selalu pergi kursus keterampilan...

isk lari topik lagi, okey! kita nak cerita pasal RDJ ni! nah, selamatla berkenalan dengan boipren saye yang ke... tak pasti plak tapi top 20 la. ahax~ jangan jeleys yerp..

Robert ngan isteri dia Susan Downey

Lahir dengan nama Robert John Downey, Jr. pada 4 April 1965 (45 tahun) dekat Manhattan, New York, US. Beliau ni merupakan seorang pelakon, penyanyi, produser dan jugak penulis lirik. Bersekolah dekat Santa Monica High School tapi tak pernah graduate, pernah bekerja sebagai pelayan dekat NYC dan pernah mendakwa yang dia pernah menghidangkan teh untuk penyanyi terkenal Sting. Berkahwin sebanyak dua kali, isteri pertama dia nama Deborah Falconer (1992-2004) yang merupakan ibu kepada anak bujang RDJ yang bernama Indio Downey, isteri yang kedua bernama Susan dan kahwin pada tahun 2004 dan still sampai sekarang.

even dikenali sebagai playboy, dia sayang gila dekat anak dia Indio.


dimana saje dia ada mesti ada Indio. terserlah lah sifat dia sebagai bapa penyayang. *drool*

RDJ mula bergerak dalam dunia lakonan pada tahun 1970 bila dia mula berlakon dalam filem terbitan bapanya (Robert John Downey, Sr.) yang bertajuk 'Pound' time umur dia 5 tahun. Semenjak tu RDJ mula dikenali ramai dengan lakonan-lakonan dia, tapi dia gak terkenal dengan ketagihan dadah. Dia yang merupakan seorang penagih tegar, banyak kali ditangkap antara tahun 1996-2001. Pertama kali memenangi Academy Award (Best Actor) pada tahun 1992 untuk filem Charlie Chaplin. Semenjak tu dia mula memenangi lagi banyak anugerah macam Emmy Award (Outstanding Supporting Actor in Comedy Series, 'Ally McBeal') dan Golden Globe (Best Supporting Actor in Mini Series, 'Ally McBeal').

playboy US (RDJ) dengan playboy UK (Jude Law), which both i love tapi RDj lebey sikit, lol

Nama RDJ mula melonjak lebih tinggi pada tahun 2007 apabila dia memegang watak Tony Stark didalam filem 'The Iron Man'. namun RDJ tak berhenti kat situ je, dia membintangi pulak filem adaptasi novel detektif terkenal British, Sherlock Holmes. Memegang watak sebagai detektif terkenal itu sendiri dibantu dengan Si Kacak British, Jude Law yang memegang watak sebagai best friend Sherlock, Dr John H. Watson. Cinta ku pada RDJ semakin hebat kerana sesungguhnya saye adalah peminat setia novel Sherlock Holmes. Melalui watak Sherlock ni, RDj memenangi lagi anugerah Golden Globe (Best Performance Actor in Motion Picture).

Robert John Downey, Junior kesayangan beta. hahaha...

Rezeki RDj semakin melimpah-limpah bila dia kembali ke panggung berhampiran anda di dalam 'The Iron Man 2' pada tahun 2010, dan dia akan kembali lagi mencuri serpihan jantung saye pada tahun 2012 nanti lagi dengan watak sebagai Tony Stark/Iron Man didalam filem 'The Avengers'. Dengar-dengar khabar macam ada lagi sambungan Sherlock Holmes, tapi tak tau la. kalau ada ramai-ramai lah kita serbu panggung dan membeli dvd cetak rompak. Oh, lupa, pada jun20, 2010, RDJ dinobatkan sebagai 'World Sexiest Man' di majalah terbitan negara Hungary.

oh, and one more, pakcik ni juga terel dalam beberapa martial art. see? he's good yall, he's more then just a face.

ha! bukan saye sorang je ingat pakcik ni handsome, jelas dah kan? dia ni memang handsome wa cakap lu! muah muah muah! (sorry, kegedixan terlampau malam-malam ni, LMAO)

beside being golden by age, my dear RDJ jugak sangat pandai bergaya. stylo habis, hingga membuatkan saya mengikuti gayanya. (kasut nike putih-hijau kesayangan, hohoho, sama macam kasut dia, bangga gila dapat beli exactly same type tapi lain size. sangat puas hati even terpaksa berkorban duit,hohoho)

No comments: