Dec 11, 2010

cerita cuti semester

hye kawan-kawan. ape khabar semua? lama jugak tak update blog ni, bersawang sana sini dah. jadi nak bagi tau awal-awal, entry ni panjang. sekian.

erm, busy la sekarang, maklumla cuti semester. menyibukkan diri dengan EOS kesayangan... oh dan tak lupa, buah hati pinggang dan paru-paru baru, Nikon D90. ye, NIKON. maaf, saye tak tergolong dalam peperangan Canon-Nikon. janji gambor cantik, layaaaaaaannnn....

cerita satu: Seminggu bersama VanZiq.

seminggu yang sangat best, walaupun tak dapat kasut Iron Man yang dipesan (penuh harapan menunggu ni,cess...). alasan dia tak jumpa, hahaha, memangla, kasut tu custom made rasanya. hahaha. tapi tak kesah, janji tuan badan dah selamat sampai. satu minggu duk meneroka Malaysia kononnye la(KL ngan Johor je pon). hahaha.

ingat nak naek KTM je,baru macam Henry Golding tu... tapi pakcik ni nak sangat drive kete kesayangan dia tu, saye ikotkan jela. 2 hari ronda KL, abes pelusuk sane sini dia bawak, bergambar sakan kitorang, mengalahkan tourist. hahaha, lame gila. 2 hari terjah JB, ingat nak pi Singapore, tapi VanZiq tak nak, tak best dia kate. ikot aje. merayap sane sini lagi. 2 hari lepak Genting, masyuk habes. saye bantai pakai hoody je memanjang, pakcik Vanziq ni selamba katak pakai t-shrit je, nipis plak tu. berlagak, tak setanding London katenye. Ciss sungguh statement, membara je dengar. turun Genting lepak KL je, minggu depannye dia nak balik kampung, turn date dengan mak ayah pulak. (hohoho, anak mithali ni...). tamat cerita VanZiq.

cerita dua: Nikon D90.

ahahaha, beli DSLR baru. name dia NICK ('nik0n= nik- on= nick' get it?), hahaha, best. kongsi dengan akak. sangat cool, baru pakai beberapa kali je, setakat ni hanya untuk photoshoot. belum bawak pi outing lagi, sayang lebih sikit. tapi still EOS yang best, ringan. conclusion, bawak EOS untuk outing, Nick hanya untuk 'bekerja', wawawawa... tapi nampak gaya pakai selang seli la kan memandangkan duit kongsi, pakai pon kogsi-kongsi la jugak... redha sudah...

cerita tiga: kerja+duit+keceriaan= pengalaman berguna.

macam biasa, cuti semester bagi pelajar 'high maintenance' ni lain tak sama dengan pelajar yang tak berapa banyak 'keinginan'. hahaha, damn, wtf. so, untuk memastikan segala keinginan saye tercapai, kene la kerja pada cuti semester. ingat nak kerja kat kedai buku depan rumah, gaji pon sedap, dekat ngan rumah... tapi parent tak bagi. so, saye decide baik buat kerja yang tak berapa nak tetap... freelance photographer la ape lae... ikot suke je nak kerja bila, duit pon masyoook... ahahaha... dapatla bli handphone baru+lens baru+kasut baru+lappy baru+iPod baru... hahaha ... nampak tak? banyak ni keinginan saye... insyAllah, kalau tak de aral melintang dapat la semua tu sebelum naik semester depan... yippi! ameeeeen~

tak de cerita da. so i decide to cut this entry a bit short. penat ni, baru balik dari 8jam cover wedding. macam nak tercabut kaki mengejar pengantin ensem+cute yang hyper active. huhuhuhu... tapi seronok punye pasal, penat belakang cerita la kawan. nak edit gambo lagi ni, banyak ya amat... 2 memory kad 8 G full, bayangkan. ahahaha, nak memilih lagi... sabar je la kan... da minat nak wat camne lagi... so, bubye, untill then. Godspeed.



cheerioous~!! ()

No comments: