May 8, 2010
EOSku dan NIKONnya
erm. lama jugak tak terlayan blog ni. sibuk? tidak la jugak... malas, mungkin. Dari hari ke hari nak bukak laptop buruk ni tapi tak berbukak jugak. gambar-gambar tak beredit bersepah-sepah. Agak tension sebenarnya, semua barang elektronik sakit dihinggapi dek virus Autorun, termasuklah memory kad EOS kesayangan. hiissh... naseb badan...
Dengan EOS yang saket dek Autorun, saye bawa berdating ke Keyel. Berjalan-jalan ke muzium dengan si NiKon dari jam 10 pagi sampai jam 4 petang. Ada pameran keranda di muzium, agak menarik, tapi yang lebih menariknya si NiKon yang tak pernah ke muzium. Sepanjang hidupnya sebagai rakyat Malaysia tak pernah sekali dia ke muzium negara, agak terkejut seketika bila mendengar namun terpaksa buat tak tahu, takut terkecil hati si NiKon tu nanti.
Berjalan-jalan sambil menembak memang seronok. Walaupun tak dapat apa-apa outcome yang nyata, tapi seronok jugak. Bebas nak menembak apa-apa pun, cuma terkadang tu teragak-agak nak menembak takut tersalah tembak dapat surat saman pulak. Nak mengelakkan dari berlakunya perkara seperti itu, terpaksa menembak benda yang tak boley saman anda, seperti tiang lampu. kakakaka... tapi tak la EOS dengan NiKon ni menembak tiang lampu, lainlah kalau tiang lampu tu sangat menarik keadaannya. Kami menembak keranda, ia takkan menyaman anda tapi anda yang akan datang padanya. Isyh... mintak panjang umur... ameen...
Ingatkan kami nak ke Taman Burung, tapi cuaca terlalu panas, tak tertahan dek kulitku yang sensitip ni. Bila berpeluh mula la gatal sana sini, cadangan ke Taman Burung diganti dengan ke Time Square. Bukan untuk berlibur, tapi untuk menyejukkan badan sahaja. Rehat-rehat sambil mengamati manusia kehulu-hilir dengan tujuan masing-masing memang menyeronokkan ditambah pula dengan secawan Mocha Frappuccino, memang terasa sangat relax. Setelah habis Mocha masing-masing, bosan tiba-tiba menerjah. Blurr dan bosan menyebabkan si NiKon memberi cadangan yang sangat bernas, masa yang ada dihabiskan di panggung wayang. Maka ke wayang la kami. kikiki...
Beratur kurang dari 5 minit, dapat sudah tiket Iron Man 2 untuk dua orang. Owh, sungguh romantik rasanya. agak sengal disitu... maaf kepada sayangku, sesungguhnya saye tak curang... kikiki... Tunggu dalam 10 minit mengumpat-ngumpat, bergelak-gelak pastu masuk. Masuk ni da dua kali si NiKon tengok citer Iron Man ni, tapi tu dia, saye blom lae berkesempatan nonton citer ni.
Kacak betul RDJ ni... walaupun tua tetap menjadi pujaan hatiku. Whiplash/Ivan Vonka yang dilakonkan oleh Mickey Rourke lam citer ni pun gaya gak, rambut uban dia yang bagaikan berbelang hitam putih tu sangat bergaya, saye shuke... kikiki...
Sekian, itu sahaja untuk hari ni... alang-alang dah bukak laptop sengal ni, nak edit gambar sikit... cepat sikit siap nanti... kikiki... okes la... bubye dan selamat malam~
cheerioous~!! (◕‿◕✿)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment