Oct 26, 2010

Rahsia Baju Jiran Sebelah


okey, tajuk sangat memberangsangkan. ye, saye tau tu.
sekarang, diam! bace je diam-diam~


Korang sedar tak bahawa luk
isan kat baju-T yang korang pakai hari-hari tu boley menunjukkan sifat korang? tak kesahla kan korang beli kat Giordano ke, Dunhill ke, Burberry ke hape ke, baju korang tu boleh bagitau personaliti korang kat semua. Mungkin korang rasa pakai mana yang boleh atau dapat capai je kan? Tetapi bagi orang lain yang tengok, secara tak langsung boleh intepret dan terjemahkan imej pada baju korang untuk peribadi sebenar korang. Tapi korang jangan la nanti belasah saye plak kalau tak betul kan? uhuk, kesian saye, uhuk... wtf, bace jela...


Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik

Kalau korang suke sangat pakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu.. (uhuk...macam saye...uhuk), Ini menunjukkan korang ni sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure... (pengembaraan yang adventure? macam bangang je ayat...) Di samping itu korang juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, korang memang tidak suka duk diam kat sesuatu tempat dalam masa yang lama. Korang juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam...(repeated sentence, wat ever la oi~)

Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock

Basela kan remaja pakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara macam Bradd Pitt (wtf) dan sebagainya. Korang digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Korang juga tidak gentar atau peduli apa orang lain fikir . Kalau korang suka pakai baju T dengan gambar heavymetal, korang merupakan seorang yang nakal dan degil. Korang bangga amat dengan idola korang tu. Kalau korang suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan korang sukakan sesuatu yang baru. Lain plak kalau korang suka gambar personaliti yang terkenal macam Donald Trump (adeke orang pakai baju muke mamat ni? ur... dem) menunjukkan korg seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.

Gambar Iklan

Ini menggambarkan korang seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, korang seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa korang seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, korang merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan korang sebagai seorang yang ketinggalan zaman.

Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan

Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambang perniagaan, korang dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Korang juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu korang juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi yang satu kepala dengan korang jer.

Gambar Kolej Atau Universiti

Jika korang seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan korang benar-benar menghargai kolej korang . Sesuailah sekiranya korang menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan korang seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Korang juga sangat menghargai status dan taraf sosial.

Gambar Dengan Warna Neon

Korang ni sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Korang nak masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri korang, kira macam suka carik publisiti la. Korang yang suka pakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling korang juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari korang.

Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun

Korang digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Korang tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Korang juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, korang senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.

Kemeja T Yang Ketat

Kalau korang suka pakai baju jenis ini, korang digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky, korang juga akan dianggap sebagai gay jika korang lelaki (seriously true kan? kan?). Korang jarang menunjukkan imej korang yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja korang lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.

Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak

Korang ni jenis yang benci sikap hipokrit. Korang seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu. Korang juga akan dilihat sebagai seorang yang sangat la kedekut sehingga tak nak beli baju yang baru. (wawawa...)

Baju T Kosong

Kalau korang ni jenis yang sukakan baju-T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau corak, ia menunjukkan korang ni suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang korang terima, hanya korang sahaja yang mengetahuinya, kiranya korang ni memang sangat pandai simpan rahsia. Walaupun demikian, sikap korang sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Korang ni bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah je daripada bergaul dengan orang lain.

ni je yang mampu buat mase skrang ni... ape-ape nak tambah baitau kat saye, nnt repost... saye lapor la, ngeee... nak pi makan dulu... lalala, ape-ape pun, beli la baju banyak-banyak agar korang tak disangka kedekut, beli kat bundle pon okey, tak semestinye korang kene beli baju kat Empire Galleries macam saye...ooopsss... bangang kan? tula pasal, bila da lapor jadi camni la ni... isk, isk, isk... da la, bubye~


c
heerioous~!!
()

No comments: