Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Nov 25, 2010

The RED : Retired. Extremely Dangerous.



okey okey oeky. jam menunjukkan 2:15 pagi waktu tempatan. tadi baru abes tengok cter RED. sangat awesome okey. two thumbs up and highly recommended. jalan cerita simple, pelakon power, stunt cool, the best part is, all the heroes are old timer bebeh! sangat awesome. cerita ni adaptasi dari novel, rasanye macam ada komik pasal citer ni tapi tak pasti. whatever pon citer ni memang awesome. hahaha. kira brape kali saye cakap awesome. hahaha. silly me.


Frank Moses: Bruce Willis a.k.a the Ex-CIA boyfriend


seperti yang saye bagitau tadi, jalan cerita dia simple je. kisah ni bermula dengan seorang A-List agent CIA yang dah bersara, Frank Moses (Bruce Willis). Frank ni semenjak bersara rajin dia telepon bahagian pengurusan duit pencen sebab dia dah tangkap cintan dengan receptionist kat situ. Tak lama lepas dia bersara, satu hari yang sejuk (winter yer, memang sejuk) datang beberapa orang jejaka berbaju itam macho konon (heavy armed special force) dengan niat jahat nak hantar Frank ni pi tiang dua awal sket tapi tak berkesampaian, saya ulang statement kat atas tadi. A-List CIA agent, okey okey, Ex-A-List CIA agent. so kindda impossible to put a bullet through his head la kan. start dari serangan tu saye dah dapat merasai ke-awesome-an cerite ni. hahaha, heavy guns, a lot of bullets, massive explosion, great sound effects, great stunts and kindda funny. hahaha. (effek anak tentera, killing is funny? wtf. hahaha)


Sarah: mary-louise parker a.k.a the Girlfriend

awek ni la receptionist kat bahagian duit pencen tu. dalam telepon memang tangkap cintan habis dengan Frank tapi bila dah jumpa cam hampeh. macam-macam dia komen. yang best tu skrip ni;

"not a great first date, not a way i dream of u and you don't even have hair" (something like this la, tak ingat plak, hahaha)

bley je dia cakap camtu lepas tengok Frank tembak2 orang. hahahaha, nasib baik Frank memang tangkap cintan gila la, kalau tak rasanye dah melayang dah nyawa minah tu. sepanjang perjalanan Frank menyelamatkan nyawa dia dan cuba convince kan dia yang Frank tu memang agent CIA macam2 berlaku. memang lawak la.


Joe: Morgan freeman a.k.a Pervert Ex-CIA

mamat ni orang first Frank jumpa untuk minta bantuan. bekas satu team dengan Frank dalam CIA, kira dah macam Best friend. Dalam beberapa hari gitu pas Frank jumpa dia (dekat rumah orang tua-tua), ada assassin datang nak bunuh dia. tapi, as i said, former team mate of Frank. so, assume that Joe ni pun Ex-A-List CIA agent, impossible jugak la takat berbekalkan pistol 9mm nak bunuh dia. macam biasa, dia survive scene tu. tapi akhirnya dia mati kene tembak dengan sharpshooter masa nak selamatkan Frank. (dia bertindak sebagai decoy untuk tarik perhatian polis) tak banyak sangat scene Joe ni. mungkin sebab Morgan Freeman ni tak segagah Bruce Willis. hahahaha. seriusly, at his age now, Bruce Willis selamba katak je buat stunt. awesome babe!


Marvin: john malkovich a.k.a something-wrong-somewhere EX-CIA

lepas khabar angin Joe kene bunuh, Frank rasa sangat down dan pergi mencari ahli kumpulan dia yang lain iaitu Marvin. Marvin ni sebenarnya sangat phobia kepada kemodenan dunia. bagi dia semua bende elektronik adalah bahan kerajaan untuk mengesan dia. ayat best dari Marvin;

"they have all the satellites to spy on us, the phones, the web, the dentist..." <--- 'dentist'... hahahaha, ape kene mengena dentist ntah. hahaha. lawak seyh.

Marvin adalah watak penyeri cerita ni (selain all-rounder-actor Bruce Willis). perangai dai yang pelik-haram-jadah memang lawak. awesomely done. asal ada watak dia memang mesti ada gelak2.


Victoria: Helen Mirren a.k.a heavy-armed EX-CIA

hahaha, makcik ni paling sempoi (or should i say 'grandma'? hahaha, whatever) masa mula-mula jumpa, gila anggun makcik ni. dressing macam stamford wives gitu. cantek je, sopan je. tapi, padahal ganas amat. tak main pistol kecik-kecik, kehulu kehilir dengan sniper riffle. mantop gitu. sangat awesome. nak lagi awesome, selambe je dia punya EX-boifriend spy Russia. hahahaha. macam semua orang tau kan, Russia ni orang selalu cop jahat. jadi konon nye Us ni baik, bila agent dia ada hubungan ngan agen jahat dia suruh bunuh. dia tembak agent Russia tu tapi tak mati pon. dalam operasi menyelamatkan nyawa Frank&gf dia, Ex-Agent Russia tu tolong diorang, agent tu dah jadi Duta Russia. hahaha. naik pangkat.


I-Dont-Recall-His-Character-Name: Karl Urban a.k.a CIA agent

masa intro watak dia ni (which i can't recall what the name is) memang awesome. dia tengah bunuh orang tapi selamba je boleh berbual dengan bini dia dekat telefon. dia bunuh target dengan senang dan bersih. set bukti semua pastu bunuh target dan plan crime scene macam bunuh diri. Neat&Simple. hahaha.

Nak cerita kang panjang melebar pulak. ye, ye, saye tau korang memang malas pun nak bace. saye pon malas nak tulis. end of story, nak tau macam mane best nye citer ni, pi la tengok sendiri. lain orang lain pandangan.


cheerioous~!! (◕‿◕✿)


Nov 22, 2010

TAKERS movie 2010



okey, macam biasa, harini Ahad, tadi saye pi tengok wayang citer TAKERS ni. hmmph, sangat mengecewakan. dalam fikiran saye citer ni sikit-sikit best la macam citer Italian Job ke atau hebat lagi dari tu... tapi.... herm... a very waste of time. tapi xley nak komen sangat sebab lain orang lain pandangan. tapi dari sudut pandangan saye, crite ni xpayah la tengok. kalau nak tengok pun, beli je DVD cetak rompak. tak la rasa rugi sangat. tapi tadi pun tak la merugikan sangat since bukan saye yang bayar tiket (tqvm dear Ronald Lian, luff u) tapi merugikan pada masa yang terluang begitu sahaja tanpa mendatangkan kepuasan.



sorry, terlebih emosi plak. takpe, biar saye criter sedikit sebanyak pasal movie ni. ehem... begini cerita dia... ade sekumpulan pencuri peringkat atasan (pencuri yang pandai main saham,sebahagian berjaya graduate dari kolej)... diorang macam biasa la, nama pun pencuri kan kerje dia mencurila... pada satu hari yang membanggakan, diorang berjaya mencuri duit yang sangat lah banyak dan berjaya melarikan diri dengan jayanya dan terus menjadi buruan polis. pada hari yang sama jugak bekas ahli kumpulan perompak elit ni dilepaskan dari penjara bernama Delvonte Rivers a.k.a Ghost yang dimainkan oleh si kacak T.I (jangan tanya knape Ghost dan bukan Blacky atau Odhie, sumpah pengarah dia lupa nak bagitau kitorang tadi). dengan rasa betrayed, dia pun merancang untuk membalas dendam, rancangan hampir berjaya, tapi cam biasa la, HAMPIR je... orang jahat kan selalu kalah...tapi polis jahat ke? sebab polis pun kalah ... hahaha... wtf...



apa yang membuatkan saye terus menonton citer ni adalah mamat nih! (okey, selain Ronny yang duduk sebelah saye) Hayden Christensen a.k.a AJ. mastermind dalam kebanyakan operasi. sangat hebat merancang tapi akhirnya mati kene tembak dengan mafia Russia setelah diperangkap oleh Ghost. mamat ni kelihatan sangat handsome dalam cerita ni, gaya dia sangat stylo. just my type of fashion la kan... hahaha... serius nak suruh si VanZiq dress up macam ni.... gler stylo, pasti akan terserlah kemachoan beliau... hahaha, sorry, lari topik lagi. what ever la beb... hahahha~

p/s: U can put all the-good-looking-actor in a movie, but that wouldn't promised it will be a great movie.

cheerioous~!! (◕‿◕✿)

Nov 15, 2010

The Avengers : movie



haaa... dah pernah tengok 'Iron Man 2'? kalau dah, korang kenal tak gambar kat atas? (kalau belum, buat-buat macam dah yer! please la...) gambar kata atas ni scene masa Tony Stark (Robert Downey,Jr) tengah hit rock bottom pasal masalah kesihatan yang dia alami. Dia yang beranggapan bahawa dia akan mati dalam masa yang terdekat buat keje-keje yang membangangkan diri, contohnya, pergi makan donut (breakfast) dengan sut Iron Man (Mark III) dia dengan selamber kataknya.



Bagi mengelakkan masalah Tony Stark ni berleluasa, sorang mamat ni yang dikenali dengan nama Nick Fury (Samuel L. Jackson) telah mengofferkan diri untuk membantu Tony dengan syarat Iron Man menyertai team Avengers yang dia tubuhkan. Start dari situ mulalah Nick Fury ni mencari lagi ahli-ahli untuk menjayakan persatuan menyelamatkan bumi dia ni. yela, kalau tak cukup ahli nanti persatuan kena dibubarkan pulak dek TNC... wawawa...



berikut adalah antara watak-watak pioneer dalam komik The Avengers,

The Iron Man : Tony Stark
The Hulk : Dr Robert Bruce Banner
The Ant-Man : Dr Hank-Pym
The Wasp: Janet Van Dyne
Captain America : Captain Steven Rogers

jika korang adalah pembaca setia komik Avengers ni (macam saye), korang akan sedar bahawa Captain America bukanlah antara tunjamg utama persatuan Nick Fury ni sebab dia hanya muncul antara episod ke-4/5 komik Avengers. Kiranya, pioneer yang betul-betul pioneer ataupun diorang gelar sebagai 'Earth Mightiest Heroes' hanyalah 4 orang tu je. Hampir-hampir persatuan ni dibubarkan, Nick Fury tambah lagi ahli-ahli baru seperti Thor,God of Thunder, The Black Panther, Hawkeye, Black Widow, Scarlet Witch, Quicksilver dan bagai-bagai lagi.

Kemudian Marvel Comic buat plak team baru yang dinamakan sebagai The New Avengers. (keluaran tahun 2005 dan keatas). Dalam New Avengers ni la korang akan bertemu watak-watak superhero modern macam, Spider-man, Spider-woman, Wolverin, Iron Fist, Jewel, Luke Cage, Victoria Hand dan ramai lagi... kiranya persatuan Nick Fury ni dah semakin famous dan berjaya menarik lebih ramai ahli. Tapi by the time team 'New Avengers' ni, Nick Fury dah graduate jadi yang gantikan tempat dia sebagai presiden persatuan adalah Captain America yang macho kunun... (hmmmphh, Iron Man lagi macho kot...)

Tapi, sekarang Marvel dalam proses nak hasilkan life-action Avengers Movies. honestly ingat dia nak ikot sebijik macam dalam komik, tapi fikir-fikir balik, mau berapa banyak pulak series dia nanti. so, diorang tak berapa nak ikot sangat komik, diorang skip sana sini dan end up dengan watak yang bercampur, berikut adalah barisan pelakon;

Iron Man/Tony Stark : Robert Downey Jr. (siapa lagi wey kalau bukan dia???)
Agent Phil Couston of S.H.E.I.L.D : Clark gregg
Black Widow of S.H.I.E.L.D /Natasha Ramanova : Scarlett Johansson
Thor Odinson God of Thunder/Jake Olsen : Chris Hemsworth
Captain America/Steven Rogers : Chris Evans
Nick Fury of S.H.I.E.L.D : Samuel L. Jackson
Hawkeye/Clinton Barton : Jeremy Renner
The Hulk/Bruce Banner : Mark Ruffalo
War Machine/ Col. James R. Rhodes : Don Cheadle



kalau korang tengok senarai watak, ni bukan team avengers yang first, ni dah bercampur-campur, tambah lagi watak Wasp dengan Ant-man pun takda, so saye tak tau la diorang buat cerita ni dari komik episod yang ke berapa. so far, kita sama-sama la tunggu kehadiran Tony Stark ... eh silap, team Avengers ni di pawagam pada tahun 2012.


cheerioous~!! (◕‿◕✿)

Due Date

okey lads and gents, ni bukan due date assignments... bukan due date bersalin... bukan bukan bukan... ni adalah movie terbaru dari my bf, Robert Downey jr. muahahaha... baru pas tengok tadi, ngehehehe, tu yang meroyan nak berblog ni...



citer ni pasal seorang lelaki yang bakal mendapat anak pertamanya dalam masa lima hari, Peter Highman (Robert Downey, Jr) yang sedang bergegas untuk menyambut anak pertamanya terpaksa mengharungi macam-macam masalah bila dia bertemu dengan sorang lelaki yang kebetulan menuju ke destinasi yang sama iaitu Ethan Trembly (Zach Galifianakis). Cerita lawak la, tapi honestly saye tengok cerita ni sebab ade RDJ je... hahaha... tapi cerita dia masih dalam kategori berbaloi untuk ditengok la. so, ape-ape, tengok sendiri, komen sendiri.